Akuntansi

Pertanyaan

Kegunaan kitaran perakaunan terhadap perniaga

1 Jawaban

  • Kitaran perakaunan merupakan beberapa peringkat proses perakauan yang bermula daripada sumber dokumen sehingga catatan penutup.
    Jangka masa untuk satu kitaran perakaunan dilengkapkan dalam satu tempoh perakaunan.

    Dokumen sumber
    Merekod urusniaga perniagaan ke dalam dokumen perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.

    Buku Catatan Pertama
    Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal
    Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.

    Pengeposan ke Lejar
    Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun dalam lejar.

    Penyediaan Imbangan Duga
    Mengimbangkan semua akaun-akaun dalam lejar dan kredit dalam Imbangan Duga.

    Pelarasan
    Membuat pelarasan pada akaun jika ada, selepas penyediaan Imbangan Duga.

    Imbangan Duga Terlaras
    Selepas pelarasan dibuat, Imbangan Duga disediakan semula.

    Penyediaan Penyata Kewangan
    Penyata kewangan disediakan selepas Imbangan Duga diselaraskan. Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

    Catatan Penutupan
    Catatan penutup dibuat dalam jurnal selepas penyediaan penyata kewangan.

Pertanyaan Lainnya